Wednesday 29 August 2012

papaku dah balik

Assalamualaikum... 


jam menunjukkan 3.40 pagi. tetiba terdengar bunyi pintu agar. aku terkejut sangat. Eh bukan ke papa baru balik ke rumah tengahari tadi? sekarang dia dah nak pulang ke tempat kerja. aku intai di tingkat bilik ku. untung kerana bilikku mengadap hadapan rumah. Iya, papa memang sudah balik. takkan ke kedai mamak pula, sebab mama tak ikut pun. Kedengaran juga bunyi seolah olah mama mengunci pintu selepas papa hilang dari pandangan, seperti biasa.


aku termenung. kemudian sebak. sepanjang papa ada di rumah.... tidak lah panjang sangat dari pukul 11.30 pagi sampai 3.40 pagi esoknya, hanyalah 15 jam, mama cukup baik. mama berlembut je macam ibu ibu yang lain. Tapi papa sudah keluar mencari rezeki. 15 jam itu adalah masa papa untuk keluarga kami minggu ini. minggu depan barulah papa pulang ke rumah semula. aku tahu aku tak kan sempat. aku sudah kembali belajar.


sesungguhnya aku rindu.. isk isk isk... belaian seorang ayah. ayah. ayah. 


aku teringin nak ada keluarga lengkap seperti keluarga lain. papa aku bukan mati. tapi jauh. jauh dari kami. sedihnya... sudahlah keluarga kami dalam kepincangan sekarang. apa apa aku hadapi dengan adik beradik dan mama sahaja. di mana papa? mungkin bekerja, atau dengan isteri kedua.


menangis dalam gelap.


aku baru berniat nak memperkenalkan kekasih hati aku esok, dia nak datang beraya. aku yang ajak sementara papa ada dirumah. biasanya dia ada sehari setengaj dirumah. tapi kali ni setengah hari sahaja. mana aku nak tau. sampai bila bila pun aku akan simpan perasaan dan perihal aku pada diri sendiri sahaja. biarlah mereka...


-Saya Sayang Mama-

Monday 6 August 2012

Ikut Perangai Mak

Assalamualaikum... 
 
"yg aku peratikan... wife melawan cakap suami ni sbb pengaruh famili... kalau mak dia mmg suka melawan ckp suami... so dia pun akan ikut juga... sbb dia tgk dr kecik... gitu cara layan laki... kalau mak dia jenis dia rasa dia je betul... org lain salah... dia pun jd gitu... pas tu ada yg jenis nak tutup kelemahan dia... nak elak kena tegur... so dia melawan ckp... kalau dia tau dia nak kalah or pekung nak tebukak.. dia keluarkan air mata sambil ungkit kisah dia dah beranak, dah besorkan anak... dah jaga makan pakai..."
 
Wow, takutnya aku baca statement ni. Sebenarnya dah lama fikirkan hal yang sama. Tapi kita boleh ubah kalau kit nak kan?

Apa yang membuatkan aku fikir statement sorang forumer ni betul adalah sbb mak aku sama perangai dengan nenek aku. Tapi lag hebat lagi kot sebab at least nenek aku tu kurang cerdik dari atuk aku. Tapi still kena marah2, membebel2, 'orang tua orang tua' dengan nenek aku. Padahal atuk aku tu manusia yang paling dikagumi, dihormati kat kampung. Sayang tu sayang tapi layanan.... macam boleh menjatuhkan air muka la...

Mak aku pulak, depan orang baik la dengan ayah aku ni tapi belakang... walau tak de cakap "orang tua ni orang tua ni" tapi benda yang keluar dari mulut dia hazabedah menyakitkan hati. kalau tengah makan tu rasa nak luah balik makanan tu kedalam pinggan. Ayah aku dah la jarang balik sbb kerja jauh, sekali sekala balik layan la manis manis. Yang penting molot tu molot... tak pandai masak takpe tapo molot kena la sedap.

Maybe mak aku ikut pangai nenek aku kot.  Jenis nak menang je, tak reti mengaku kesalahan. Kalau dah sedar pulak kesalahan dia ungkit la segala jenis kebaikan yang dia buat. Tak tau ka kalau ungkit tu pahala kena tarik balik.

Melawan tu jangan la cakap. melawan saja kerja nya.

So alkisahnya adakah aku pun akan jadi isteri macam golongan ni bila kawen nanti?

Aku pun tak pernah nampak mak aku minta maf kat ayah aku depan kami.
Bergaduh depan kami bila minta maaf dalam bilik so apa yang kami leh belajar?
Ego ke tak nak minta maaf depan anak anak? Sok anak anak pun susah nak minta maaf.

Erk dia mmg komplen pun anak ank susah nak minta maaf kat dia kalau buat salah.
Buat keras hati je. So aku nak cakap "we learnt from the best, its you!"

Dengan ini aku selalu berdoa aku tak mewarisi perangai mama yang tak elok. At least aku belajar. Aku nak ikut yang elok je. Tak mau la melawan suami melawan sana sini.

Tapi ada satu  benda yang slowly grow in me, melawan cakap mak. So mak aku pun selalu lawan cakap nenek which is mak dia... so???

Arggghhhhh......! I hate this family!


-Saya Sayang Mama-