Wednesday 29 August 2012

papaku dah balik

Assalamualaikum... 


jam menunjukkan 3.40 pagi. tetiba terdengar bunyi pintu agar. aku terkejut sangat. Eh bukan ke papa baru balik ke rumah tengahari tadi? sekarang dia dah nak pulang ke tempat kerja. aku intai di tingkat bilik ku. untung kerana bilikku mengadap hadapan rumah. Iya, papa memang sudah balik. takkan ke kedai mamak pula, sebab mama tak ikut pun. Kedengaran juga bunyi seolah olah mama mengunci pintu selepas papa hilang dari pandangan, seperti biasa.


aku termenung. kemudian sebak. sepanjang papa ada di rumah.... tidak lah panjang sangat dari pukul 11.30 pagi sampai 3.40 pagi esoknya, hanyalah 15 jam, mama cukup baik. mama berlembut je macam ibu ibu yang lain. Tapi papa sudah keluar mencari rezeki. 15 jam itu adalah masa papa untuk keluarga kami minggu ini. minggu depan barulah papa pulang ke rumah semula. aku tahu aku tak kan sempat. aku sudah kembali belajar.


sesungguhnya aku rindu.. isk isk isk... belaian seorang ayah. ayah. ayah. 


aku teringin nak ada keluarga lengkap seperti keluarga lain. papa aku bukan mati. tapi jauh. jauh dari kami. sedihnya... sudahlah keluarga kami dalam kepincangan sekarang. apa apa aku hadapi dengan adik beradik dan mama sahaja. di mana papa? mungkin bekerja, atau dengan isteri kedua.


menangis dalam gelap.


aku baru berniat nak memperkenalkan kekasih hati aku esok, dia nak datang beraya. aku yang ajak sementara papa ada dirumah. biasanya dia ada sehari setengaj dirumah. tapi kali ni setengah hari sahaja. mana aku nak tau. sampai bila bila pun aku akan simpan perasaan dan perihal aku pada diri sendiri sahaja. biarlah mereka...


-Saya Sayang Mama-

Monday 6 August 2012

Ikut Perangai Mak

Assalamualaikum... 
 
"yg aku peratikan... wife melawan cakap suami ni sbb pengaruh famili... kalau mak dia mmg suka melawan ckp suami... so dia pun akan ikut juga... sbb dia tgk dr kecik... gitu cara layan laki... kalau mak dia jenis dia rasa dia je betul... org lain salah... dia pun jd gitu... pas tu ada yg jenis nak tutup kelemahan dia... nak elak kena tegur... so dia melawan ckp... kalau dia tau dia nak kalah or pekung nak tebukak.. dia keluarkan air mata sambil ungkit kisah dia dah beranak, dah besorkan anak... dah jaga makan pakai..."
 
Wow, takutnya aku baca statement ni. Sebenarnya dah lama fikirkan hal yang sama. Tapi kita boleh ubah kalau kit nak kan?

Apa yang membuatkan aku fikir statement sorang forumer ni betul adalah sbb mak aku sama perangai dengan nenek aku. Tapi lag hebat lagi kot sebab at least nenek aku tu kurang cerdik dari atuk aku. Tapi still kena marah2, membebel2, 'orang tua orang tua' dengan nenek aku. Padahal atuk aku tu manusia yang paling dikagumi, dihormati kat kampung. Sayang tu sayang tapi layanan.... macam boleh menjatuhkan air muka la...

Mak aku pulak, depan orang baik la dengan ayah aku ni tapi belakang... walau tak de cakap "orang tua ni orang tua ni" tapi benda yang keluar dari mulut dia hazabedah menyakitkan hati. kalau tengah makan tu rasa nak luah balik makanan tu kedalam pinggan. Ayah aku dah la jarang balik sbb kerja jauh, sekali sekala balik layan la manis manis. Yang penting molot tu molot... tak pandai masak takpe tapo molot kena la sedap.

Maybe mak aku ikut pangai nenek aku kot.  Jenis nak menang je, tak reti mengaku kesalahan. Kalau dah sedar pulak kesalahan dia ungkit la segala jenis kebaikan yang dia buat. Tak tau ka kalau ungkit tu pahala kena tarik balik.

Melawan tu jangan la cakap. melawan saja kerja nya.

So alkisahnya adakah aku pun akan jadi isteri macam golongan ni bila kawen nanti?

Aku pun tak pernah nampak mak aku minta maf kat ayah aku depan kami.
Bergaduh depan kami bila minta maaf dalam bilik so apa yang kami leh belajar?
Ego ke tak nak minta maaf depan anak anak? Sok anak anak pun susah nak minta maaf.

Erk dia mmg komplen pun anak ank susah nak minta maaf kat dia kalau buat salah.
Buat keras hati je. So aku nak cakap "we learnt from the best, its you!"

Dengan ini aku selalu berdoa aku tak mewarisi perangai mama yang tak elok. At least aku belajar. Aku nak ikut yang elok je. Tak mau la melawan suami melawan sana sini.

Tapi ada satu  benda yang slowly grow in me, melawan cakap mak. So mak aku pun selalu lawan cakap nenek which is mak dia... so???

Arggghhhhh......! I hate this family!


-Saya Sayang Mama-

Thursday 14 June 2012

Basuh Kereta

Assalamualaikum... 


tadi aku tengok tv, mama balik, dia pergi kat kau, "akak!" ... "akak!" ... "akak!" "tolong basuh kereta!"  "petang ni basuh kereta"... "kereta tu korang pakai habis semua calar!!"

alahai, kalau nk suh aku basuh kereta pun mintak jelah elok, elok, inilah perangai mama yang anak anak tak sukaaaa! dia nak mintak tolong tapi suka mintak dengan cara ugutan, kengkonon nak bagi rasa bersalah lah kan. eleh... ikutkan hati malas la nak ikut cakap dia kalau mintak cara kasar, bukan macam ibu tapi macam aku ni orng gaji! dari dulu lagi lah perangai dia macam ni. tai tak pa harini aku sabar, dia dah bla aku pun basuh kereta. tak payang tunggu petang, dia nak sangat kan. kengkonon aku lah yang pakai kereta tu siang malam pagi petang. yang buat semua kereta accident sampai terlantar kat workshop pun aku lah jugak kan (sebenarnya mama yang byk kes langgar lubang la langgar motor la apa la...).

sekarang dia turun bergaduh dengan adik aku lelaki tu pulak. benda senang je pun, aku yang dengar ni rasa adik aku tu elok je. dah dia suruh amik kereta dia lagi satu kat workshop, adik aku kata ptg ni tak boleh, malam ni dia amik. dah lah kan? eii rimas la pastu dia g membebel lak bla bla bla.... bosan lah dengar. adik aku yg uruskan kereta tu dia tau lah kan, mama tu tau arah je padahal tak tau apa apa. aku dengar banyak mama putar belik. adik cakap fact je simple asal susah sangat nak faham??? eii aku rasa nak menyampuk tapi arrhhh aku diam je. sambil tulis blog ni hik hik hik.

mintak maaf ye semua, aku tengah cuti dua minggu, so sepanjang minggu lah blog ni berupdate haha. nilah sahabat aku di rumah, selain adik adik dan pembantu rumah.

sambil die membebel kat paan, dia masukkan nama aku sekali. bebel suh aku basuh kereta. oh byk nye cantik, membebel tak tak kira orang salah ke betul ke. aku tak tahan aku cakap la "dah basuh lah" mama diam. malu kot asyik nak membebel tak kira tempat.

pastu dia masukkkan topik papa dengan pompuan tu pulak dah... (isteri baru papa) amik ko. ni lah punca dia nak membebel pun. (even perangai membebel memang sejak azali lagi pun) tetiba je, "kalau korang setuju sangat papa kawen lain g jangan panggil mama lagi!" ala pahal lak ni. apa kena mengena pasal kereta dengan papa ni? ah bosan. dua minggu lagi aku duk rumah aku boleh jadi gila.

now dia talipon papa mnegadu. macam biasa asal gaduh je ngadu kat papa. papa tau je punca nya sapa. kami tak yah ngadu pun papa kenal. kesian mama kan?

sekrang dia telipon mak dia pulak, nenek kami. dia suruh adik kecik cakap dengan nenek. adik aku nyanyi nyanyi kat telipon. mama tengking adik. dia cakap "hina sangat ke uman tu mentang mentak dia tak bagi duit tak bagi harta tak bole berjalan....! ble ble ble"

what? dengan budak darjah pun nak gaduh ke. sekarang adik kecik lak gaduh. fail. fail itu je leh aku cakap kat mak aku. aku suruh adik aku naik atas mandi. 

oh ya pasal kereta tu? kereta dia baru beli untuk adik kedua aku g praktikal. aku tak guna pun, kengkadang je aku drive tu pun atas urusan keluarga, mama pun ada sekali. g bercuti ke ag anta dia g jumpa bomoh je. semalam aku anta adik dia juga balik KL. kelmarin aku dengan adik dengan sepupu dgn adik mama g hospital melawat adik mama aku yang lain bersalin. See? ada ke aku guna atas kepentingan peribadi? tak kan. masa dia tinggal kan kereta tu kat asrama aku pun aku kata tak payah lah bawak lah balik. sebab aku rela jalan kaki kehulur kehilir pergi kelas dari dia nak ungkit lepas lepas ni. tapi dia nak tinggalkan juga, hah tinggal lah kat parking lot tu. serius aku tak guna. aku start je pepagi. aku jalan kaki juga ke kelas. aku tau la aku xde kereta lagi. tapi aku bukan tak nak beli kereta. sepatutnya aku dah kerja sekarang tapi mama papa la sibuk aku sambung belajar sampai PHD bagi.

sori la pas master aku nak kerja la, malas nak amik phd pastu nak beli handbeg pun kena ikat perut. nak guna kereta untuk hantar barang ke asrama pun mama boleh ungkit. tak sabar nak kawen nak kerja, biar lah aku gaduh dengan suami ke dengan bos ke. tak la rasa sakit hati sangat kan.


-Saya Sayang Mama-