Showing posts with label Pengalaman Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Keluarga. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

Perkara Ajaib Tentang Mama

Assalamualaikum... 


Mama akan bising kalau kunci bersepah atas meja tamu, sepatutnya letak dalam bakul khas. Tapi mama pulak letak kunci kadang kadang dalam handbag dia, dalam bilik dia nun di atas, ataupun tak tau dimana. Bila hilang dia tension. Pelik bukan?

Kami selalu meroyan bila punggung kami digigit. Haha. Jangan muntah tau, maksudnya bila terduduk atas gigi palsu mama yang dia tertingal atau sengaja tinggal buat kenang-kenangan di kerusi makan, meja makan, rak dapur dan sebagainya. Tetapi suatu hari dia marah sebab tah siapa terletak berus gigi yang masih baru di rak makan.

Kalau kami pegang bekas makanan dan ianya terjatuh, mama akan marah sebab kami gopoh. Tetapi kalau mama pegang bekas makanan dan ianya terjatuh dia akan mengamuk sebab seseorang telah menutup bekas makanan itu dengan tidak kemas. Pelik tetapi benar!


-Saya Sayang Mama-

Wednesday, 17 August 2011

Sahur Yang Suram

Assalamualaikum...


Sahur pagi macam biasa aku dah adik adik bangun awal. Teus makan secepat yang mungkin. Tak perlu tunggu mama turun untuk mencari kesalahan kami. Biarlah.


Kalau betul dia concern dan nak makan dengan kami. Dia akan bangun awal dan sediakan makanan untuk kami. Tak mengapalah. Kami dah tak kisah mama.


Semalam semasa mnyediakan juadah berbuka, aku pelik keadaan sunyi ke. Rupanya mama masak. Keadaan agak diam. Maklumlah dia nak berbal dengan sapa? Pembantu rumah dah makan hati akibat ditengking semasa berbuka di luar kelmarin. Yang lain memang tak lah.


Pastu tetiba dia keluar suara. Dia menengking aku dengan kasar sebab aku tak ikat rambut semasa memasak. Okay fine lah memang salah aku. Tapi itu ke cara komunikasi yang seronok antara ibu dan anak? Dan, rambut dia pun mngerbang jugak, hehe. Macam biasa aku rasa lawak.


Aku ada menyuruh adik kecik membantu ku semasa aku masak jugak. BUdak kecik itu turut je arahan aku yang lembut ni. Pastu mama pun suruh adik aku tolong dia. Budak itu diam dan liat. Ape lagi mama pun marah dah dengan nada kasarnya "Hey, kalau cakap kakak awak ikut je ye! Cakap mama langsung tidak ikut!" 


Ayat tu memang selalu dia sebu dah. Dia tak pikir ke ada something wrong dengan diri dia bila yang lain saling berbaik cuma dengan dia je kami kaku. Entah lah....kami memang jahat kot.


Dia selalu tuduh aku tak memberi pengaruh yang baik terhadap adik. Macam biasa dia tak pernah nampak kesalahan diri dia. Sedangkan bagi aku dia kene berlembut dalam mendidik anak anak.Aku pasrah.


-Saya Sayang Mama- 



Saturday, 13 August 2011

Have A Nice Talk With Papa

Assalamualaikum...


Waktu zohor tadi, papa telefon, bertanyakan tentang mood mama hari ini okay ke tidak. Aku menjawab mama okay je. Sangat tenang berbual dengan papa. Papa walaupun banyak menghabiskan kerja di pejabat, tapi selalu menalifon kami adik beradik. Ini tandanya papa sentiasa ingat dan sayangkan kami.


Aku menangis bila sampai satu tahap, papa cakap aku anak yang baik sebenarnya. Yelah mama selalu complaint pasal aku dan adik adik. Tah jahat manalah kami ini. Tah rosak sangatkah kami ini... Papa sendiri muak dengar aduan mama setia balik kerja tentang KEJAHATAN kami.


The, after have a nice talk with Papa, aku rasa lega. Hati tenang. Namun sekejap sahaja. Bilikku yang berkunci, terdengar Mama sedang ingin membuka dengan anak kuci dari luar. Aku baru selesai mandi, terus membuka pintu tanpa menunggu mama yang terkial-kial hendak masuk.


Bila dah masuk, mestilah dia membebel. Seban aura positif papa masih ada lagi semasa berbual dengannya 25minit, aku berjaya tidak membantah kata mama. Bak kata mama menjawab macam kurang ajar. Aku diam je kali ni. Aku perhatikan sesuatu yang lucu juga...


Iaitu mama cuba menyakitkan hati aku dengan pelbagai cara. Dari topik bebelan yang mengungkit menyakitkan hati sampailah topik yang aku boleh convert kepada bahan lucu. Aku hanya senyum. Kelihatan mama Pause sekejap bebelan dia, mungkin teringin benar dengar aku melawan.  Tapi tidak.... 


Aku dapat rasakan kemenangan disitu.


Dosa pun kurang.


Aku solat sedang dia membebel sehinggalah dia berhenti sendiri.


Dia sambung ke bilik adik yang lain pula.




Aku mengelang kepala.


-Saya Sayang Mama-