Showing posts with label Perangai Mama. Show all posts
Showing posts with label Perangai Mama. Show all posts

Monday, 6 August 2012

Ikut Perangai Mak

Assalamualaikum... 
 
"yg aku peratikan... wife melawan cakap suami ni sbb pengaruh famili... kalau mak dia mmg suka melawan ckp suami... so dia pun akan ikut juga... sbb dia tgk dr kecik... gitu cara layan laki... kalau mak dia jenis dia rasa dia je betul... org lain salah... dia pun jd gitu... pas tu ada yg jenis nak tutup kelemahan dia... nak elak kena tegur... so dia melawan ckp... kalau dia tau dia nak kalah or pekung nak tebukak.. dia keluarkan air mata sambil ungkit kisah dia dah beranak, dah besorkan anak... dah jaga makan pakai..."
 
Wow, takutnya aku baca statement ni. Sebenarnya dah lama fikirkan hal yang sama. Tapi kita boleh ubah kalau kit nak kan?

Apa yang membuatkan aku fikir statement sorang forumer ni betul adalah sbb mak aku sama perangai dengan nenek aku. Tapi lag hebat lagi kot sebab at least nenek aku tu kurang cerdik dari atuk aku. Tapi still kena marah2, membebel2, 'orang tua orang tua' dengan nenek aku. Padahal atuk aku tu manusia yang paling dikagumi, dihormati kat kampung. Sayang tu sayang tapi layanan.... macam boleh menjatuhkan air muka la...

Mak aku pulak, depan orang baik la dengan ayah aku ni tapi belakang... walau tak de cakap "orang tua ni orang tua ni" tapi benda yang keluar dari mulut dia hazabedah menyakitkan hati. kalau tengah makan tu rasa nak luah balik makanan tu kedalam pinggan. Ayah aku dah la jarang balik sbb kerja jauh, sekali sekala balik layan la manis manis. Yang penting molot tu molot... tak pandai masak takpe tapo molot kena la sedap.

Maybe mak aku ikut pangai nenek aku kot.  Jenis nak menang je, tak reti mengaku kesalahan. Kalau dah sedar pulak kesalahan dia ungkit la segala jenis kebaikan yang dia buat. Tak tau ka kalau ungkit tu pahala kena tarik balik.

Melawan tu jangan la cakap. melawan saja kerja nya.

So alkisahnya adakah aku pun akan jadi isteri macam golongan ni bila kawen nanti?

Aku pun tak pernah nampak mak aku minta maf kat ayah aku depan kami.
Bergaduh depan kami bila minta maaf dalam bilik so apa yang kami leh belajar?
Ego ke tak nak minta maaf depan anak anak? Sok anak anak pun susah nak minta maaf.

Erk dia mmg komplen pun anak ank susah nak minta maaf kat dia kalau buat salah.
Buat keras hati je. So aku nak cakap "we learnt from the best, its you!"

Dengan ini aku selalu berdoa aku tak mewarisi perangai mama yang tak elok. At least aku belajar. Aku nak ikut yang elok je. Tak mau la melawan suami melawan sana sini.

Tapi ada satu  benda yang slowly grow in me, melawan cakap mak. So mak aku pun selalu lawan cakap nenek which is mak dia... so???

Arggghhhhh......! I hate this family!


-Saya Sayang Mama-

Wednesday, 31 August 2011

Bangun Tidur Terus Makan.

Assalamualaikum... 




Lokasi : Rumah kampung sebelah Mama. (mana pernah lepak rumah sebelah papa pun walau sejengkal je rumah kedua-dua belah pihak.)




Tengah malam semalam tengah makan ais krim ramai-ramai. Aku menyuruh adik aku memanggil mama yang sedang tidur untuk makan bersama keluarga yang lain. Adik turun balik bisik kat aku. Mama buang semula cadar yang aku sempat pasang buat kali kedua bersama papa semalam. Keras sunnguh hati mama. Akutengok kat bilik, mama tidur terbongkang dengan ego egonya. Berlainan sangat dengan  imej papa yang sopan dan sentiasa menjaga perilaku walaupun sedang tidur.




Eh banyak pulak cerita. Pastu lewat malam masa tengok tv, papa tanya eh mama tidur dari petang tadi ke? Dah solatke belum agaknya ye.. (bertapa concernnya papa) Pastu papa terus naik dan kejut mama. Mama turun dengan muka singa dia. Tak tau buat apa. Pastu dia makan. Kehulur kehilir mencari nasi. Pastu sendawa kuat kuat masa berdiri pulak. Ku tengok rasa nak tergelak. Tak sesuai nya dengan papa yang elegant.




Aku duduk disebelah papa. Aku rasa papa pun perhatikan je perbuatan mama. Tak de ke mama tanya papa dah makan ke, pelawa papa makan ke. Baang basah yang papa belikan pagi semalam pun mama memang tak masak lah kan. Goreng telur ke. Nasib baik keluarga belah papa dekat. Bila papa lapar, aa lah tempat boleh makan.


Serius aku sumpah aku tak nak layan suami aku macamni bila aku kawen nanti.


Aku dari 7 8 tahun dulu sejak mula pandai berfikir, aku tertanya-tanya kenapa papa boleh bertahan dengan mama ni. Hati kau menjawab, sebab papa manusia yang sangat baik...




 -Saya Sayang Mama-

Tak Pandai Menghargai

Assalamualaikum... 




Ini lawak, ini lawak...!! (tangan di bahu, mata pandang ke atas, meluat!)




Hari ini aku dengan papa pergi ke bandar untuk beli barang. Memang semua malas nak pergi. Semalam berkobar-kobar sangat nak pergi bandar. Siap suruh aku drive. Tiap kali memangmacam tu lah.Okay itu aku tak kesah. Dah lah habit macam indon, sejam sebelum aku pergi aku tanya sapa nak pesan tak ada siapa pun nak pesan. Bila papa dah masuk kereta, semua baru nak bagi dit lah, suruh keluar duit kat atm lah, tulis senarai barang. Aku kecian dengan keluarga belah mama ni. Kenapa diorang macam tu ye....hancur sikap memasing...




Alkisah sebenar... aku excited gila beli barang keperluan untuk kampung. Nak upgrade lah sikit sikit. Bilik air kat kampung dah macam tongkang pecah. Aku cat bagai nak jugak aku sponsor barang lain macam tempat letak sabun, rak, tempat gantung pakaian dan sabu ubat gigi dan macam macam lagi lah. Papa dengan pemurah jugak beli dua biji bantal dan satu set cadar untuk salah satu bilik di rumah kampung ni. AKu happy sangat.




Sampai je di rumah, mama sambut dengan muka masam. Perlian dan komplen memang dah sebati dengan jiwa dia. AKu kesal dan sedih...


Buat apa beli bantal ni, raya dah lepas....!
Membazir je beli cadar. 
Shopping sakan ye korang!
Tak ajak mama pun. Pandai korang komplot.


Aku cakap lah, ala apa salahnya kita tolong Mak Teh. Nak tau mama cakap apa? Mama cakap..
Amboi pandai korang, apa ingat mama tak pernah beli barang ke untuk Mak Teh? Ni katil ni mama yang li tau. Hah dari beli rak ni baik beli almari terus! Pandai pandai je cakap mama tak pernah tolong beli barang untuk rumah ni.
Aku nak jawab lagi. Sebab geram sangat. Tapi papa larang. Papa cakap tak payah nak terangkan kat mama. Ya Allah, sampai macam tu sekali perangai mama. Sampai buat orang meluat nak cakap dengan dia lagi. Aku pun dah malas. Ak terus pasang cadar dalam bilik. Cantik pilihan papa. Lembut je color dia. Cadar lama, sarung bantai ada 3 corak yang berbeza, carak pattern lain, langsir corak lain.




Lepas tu aku sampaun kerja mengecat di bilik air. Nak tambah selapis lagi. Bila aku habis buat kerja. Aku naik atas, masuk bilik, tengok semua set cadar tadi dah kena campak ke bawah dan katil tu beralas cadar lama...




Tak tau lah kerja sapa....




 -Saya Sayang Mama-

Tuesday, 16 August 2011

Doa Untuk Diri Sendiri Macamana?

Assalamuaikum...


Aku rasa pembantu rumah kami tengah menangis sekarang. Akibat selalu didera perasaannya. Eh dah tukar topik pulak.Aku baru je solat subuh. Dengar doa mama tadi. Harini dia nangis dalam doa. Semua doa aku dengar sebab dalam bahasa melayu. 


(sekarang dia tengah membebel kat adik perempuan aku "korang ni kalau cakapakak semua dengar". Aku tak marah malah berbangga. Mungkin aku seorang akak yang baik mungkin?)




Macam yang aku dah tahu, dia akan lupa untuk doakan diri sendiri. Dia doakan dari untuk umat islam, azab kubur, zuriat yang baik, iu bapa dia dan segala macam lagi. Baguslah tu. Tapi dia tak pernah mengaku kesalahan dia pun dalam doa dia. Tak ada pulak doa supaya buangkanlah segala sifat mazmumah dai dan kirimkanlah sifat mahmudah kepadanya. Yang paling penting, doa untuk menjadi ibu yang baik, dia lupa mahu doa.


Korang yang ada ibu yang sempurna alhamdulillah korang pun jadi anak yang sempurna. Bersyukurlah.


Dengan mama kau tak perlu jadi orang yang sabar, tapi orang yang tegar tak ada perasaan baru boleh tahan dengan dia.


-Saya Sayang Mama-