Thursday, 29 March 2012

Kesimpulan Dari Perbincangan kat Forum

Assalamualaikum...

baru baru ni aku ada mengadu kat ruang forum, dengan dua motif. aku nak luahkan perasaan aku dan kedua aku nak mintak pendapat macamana aku nak buangkan perasaan terasa aku kat mak aku bila dia buat hal.

kesimpulan yang aku dapat... hmm macam macam. rasa lawak pun ada.

tapi paling best, ada orang yang senasib dengan aku. jadi aku rasa lega dan rasa kami tak keserongan dengan masalah kami ni. alhamdulillah... bolehlah aku adapatasikan penyelesaian yang dia cadangkan kan kat aku. antaranya:

berdoa
mengaji
banyak diam dan bersabar
sokong sahaja mak biar dia nak luah perasaan
bincang dgn adik dan sabarkan mereka
jaihkan diri kalau mula terasa panas dengan mak
dan lain lain.

kebanyakan aku dah buat, cuma aku tak yakin dgn caraku. sekarang akan ku usahakan lagi supaya aku tidak terasa dengan mama. InsyaAllah..

bila ada apa apa, kalau nak meletup dah hati ni. aku akan luahkan perasaan aku kat blog ni (luahkan kat forum byk yang kena cerca) ini je cara terbaik. aku manusia biasa ada hati perasaan. aku tak burukkan mak aku in personal pun sbb korang bukaknya kenal pun mak aku.

aku rasa banyak yang perli2 aku kat forum tu bukannya apa, ada yang rasa perkara ni tak logik sbb mereka tak tau ibu juga manusia biasa bukan maksum. walau ibu di atas anak anak, ibu juga adalah isteri kepada suaminya. syurga ibu ku di bawah tapak kaki ayah ku. redha ayah aku akan menentukan amalam ibu diterima atau tidak.

mereka juga banyak menganggap ku kurang matang, dan menganggap ni masalah kecil. dan ada juga yang menganggap ni semua berpunca daripada ku. sesungguhnya mereka tak kenal siapa ibu ku lagi. ingin saja aku ajak mereka duduk di rumah ku, sembunyi di dalam almari, tgk tengok rakaman CCTV hehe. tau lah mereka apa masalah family kami.

tak kurang ada yang memperli aku kerana perangai aku tak ubah seperti mama. yang ini nak tergelak. lain bebenar. jika mama suka salahkan seluruh ahli keluarga, aku hanya mengadu pasal mama sahaja. kalau dia suka mebebel, aku suka diam. aku membebel di blog ni tak menyakitkan hati siapa siapa ahli keluarga pun. malah aku tak guna perkataan bodoh, sundal dan sebagainya...aku tak malukan sesiapa.

InsyaAllah aku terima je semua kata kata nasihat di forum itu, perli ke nasihat ke aku pikir dari pelbagai sudut. aku ikut mana yang baik. aku dengar semua, bukan yang aku nak dengar sahaja seperti mak aku yang berbidas hujah dengan kaunselor agama gitu..  sesungguhnya sumpah aku takut aku akan jadi seperti ibu aku bila tua nanti. Nauzubillah, ya Allah jauhkan lah....amin. kau kasihanilah ibuku, kau berilah petunjuk kepada mama ya Allah. Berikan dia kebahagiaan, melalui kami anak2 yang sempurna, bijak dan baik. Bukakna lah hati dia untuk melihat bertapa bertuahnya dia dia Ya Allah, sesungguhnya terlalu byk nikmat yang kau dah curahkan kepada Dia. Bukankan hati dia untuk melihat semua itu. Amin Amin ya Rabbal Alamin...

papa, pengasuh, adik beradik semua okay okay sahaja....

-Saya Sayang Mama-

KECEWA

Assalamualaikum...
 
hari ini aku dapat mesej. dari mama. dia gaduh besar malam tadi. dia kata dia kena tumbuk dari papa. nak report polis katanya. ini bukan kali pertama, tapi kali ke 3 atau lebih kata nak repor polis termasuk kes2 dulu. aku layankan je. aku jawab, "report jelah  mama...." tapi mama balas, mama tak nak report sebab dah tak ada kesan kat badan, susah nak repor dan ayat ni "korang nak ke bapak korang masuk lokap" aku diam. aku tau, bukan senang nak masukkan orang dalam lokap. cuba polis dengar cerita sebenar karang, silap silap mama yang masuk lokap. aku tak bias. aku layan je. baca mesej2 mama terdahulu bila hati sejuk dan tenang.


tengahari tadi papa dan adik datang kolej aku, nak antar barang yang aku minta semalam. kami berbual mesra. masa papa pergi toilet, adik aku bisik " malam tadi teruk gila" aku tanya "pehal weh" padahal aku dah tau sbb mama mesej dia gaduh besar dgn papa. Tapi aku tak nak bias. aku nak dengar citer dari adik, kemudian dari papa pulak.


adik aku cakap, mama macam orang gila malam tadi, dia mengamuk2, campak hp papa sampai pecah, maki carut lucah2, dan balik papa dengan rehal quran. aku istigfar. papa pun balik dari toilet, kami diam.


tak lama pastu, papa bukak cerita. sambil aku perhatikan tangan papa, aah la ada kesan luka dia lengan papa, byk dan besar. aku nak nangis tapi tahan. aku dah agak, mesti mama yang beriya bergaduh bukan orang lain. macam aku tak kenal pula mama macamna.

(teringat kes setahun lalu, aku tengah iron baju, mama nak pukul aku dengan lampu ikea yang batang panjang tu, secara natural aku elak lampun panas tu dengan iron di tangan, mama macam kena rasuk, alih2 dia mesej papa yang aku kurang hajar sbb nak pukul dia dengan iron, nasib baik papa tak pecaya..)

papa tak citer pasal keburukan mama pun. cuma citer yang dia yang malam tadi dia penat sangat, balik rumah nak rehat (macam biasa dia cuti je balik umah tah masa bila dia jumpa isteri no 2 tah) dia kena serang dgn mama. mama ni melampau pada pendapatku. papa tu masih suami dia kenapa dia sakitkan papa macam ni sekali??

dia cakap darang2 kat papa dan maki hamun masa papa baring nak tidir pun di pukul2nya papa. bila papa lari keluar, dia jerit lelaki dayus penakut gila. pada pendapat aku, orang gila adalah orang yang rela dipukul dia. Wahai mama, ingatlah papa itu suami mama, syurga mama di telapak kaki papa. kenapa mama kenapa...

papa tidur di hotel malam tadi. dan balik rumah pada keesokkannya semasa mama kerja untuk ambil barang aku dan menghantarnya ke asramaku.

thanks papa, setiap kali cuti (kami tau jadual kerja papa) mesti papa penuhi masa papa dgn family.. harap papa tak lupakan kami disebabkan mama. bersabarlah.. kami tau papa istimewa.


 -Saya Sayang Mama-