Assalamualaikum...
jam menunjukkan 3.40 pagi. tetiba terdengar bunyi pintu agar. aku terkejut sangat. Eh bukan ke papa baru balik ke rumah tengahari tadi? sekarang dia dah nak pulang ke tempat kerja. aku intai di tingkat bilik ku. untung kerana bilikku mengadap hadapan rumah. Iya, papa memang sudah balik. takkan ke kedai mamak pula, sebab mama tak ikut pun. Kedengaran juga bunyi seolah olah mama mengunci pintu selepas papa hilang dari pandangan, seperti biasa.
aku termenung. kemudian sebak. sepanjang papa ada di rumah.... tidak lah panjang sangat dari pukul 11.30 pagi sampai 3.40 pagi esoknya, hanyalah 15 jam, mama cukup baik. mama berlembut je macam ibu ibu yang lain. Tapi papa sudah keluar mencari rezeki. 15 jam itu adalah masa papa untuk keluarga kami minggu ini. minggu depan barulah papa pulang ke rumah semula. aku tahu aku tak kan sempat. aku sudah kembali belajar.
sesungguhnya aku rindu.. isk isk isk... belaian seorang ayah. ayah. ayah.
aku teringin nak ada keluarga lengkap seperti keluarga lain. papa aku bukan mati. tapi jauh. jauh dari kami. sedihnya... sudahlah keluarga kami dalam kepincangan sekarang. apa apa aku hadapi dengan adik beradik dan mama sahaja. di mana papa? mungkin bekerja, atau dengan isteri kedua.
menangis dalam gelap.
aku baru berniat nak memperkenalkan kekasih hati aku esok, dia nak datang beraya. aku yang ajak sementara papa ada dirumah. biasanya dia ada sehari setengaj dirumah. tapi kali ni setengah hari sahaja. mana aku nak tau. sampai bila bila pun aku akan simpan perasaan dan perihal aku pada diri sendiri sahaja. biarlah mereka...
-Saya Sayang Mama-