Thursday, 29 March 2012

Kesimpulan Dari Perbincangan kat Forum

Assalamualaikum...

baru baru ni aku ada mengadu kat ruang forum, dengan dua motif. aku nak luahkan perasaan aku dan kedua aku nak mintak pendapat macamana aku nak buangkan perasaan terasa aku kat mak aku bila dia buat hal.

kesimpulan yang aku dapat... hmm macam macam. rasa lawak pun ada.

tapi paling best, ada orang yang senasib dengan aku. jadi aku rasa lega dan rasa kami tak keserongan dengan masalah kami ni. alhamdulillah... bolehlah aku adapatasikan penyelesaian yang dia cadangkan kan kat aku. antaranya:

berdoa
mengaji
banyak diam dan bersabar
sokong sahaja mak biar dia nak luah perasaan
bincang dgn adik dan sabarkan mereka
jaihkan diri kalau mula terasa panas dengan mak
dan lain lain.

kebanyakan aku dah buat, cuma aku tak yakin dgn caraku. sekarang akan ku usahakan lagi supaya aku tidak terasa dengan mama. InsyaAllah..

bila ada apa apa, kalau nak meletup dah hati ni. aku akan luahkan perasaan aku kat blog ni (luahkan kat forum byk yang kena cerca) ini je cara terbaik. aku manusia biasa ada hati perasaan. aku tak burukkan mak aku in personal pun sbb korang bukaknya kenal pun mak aku.

aku rasa banyak yang perli2 aku kat forum tu bukannya apa, ada yang rasa perkara ni tak logik sbb mereka tak tau ibu juga manusia biasa bukan maksum. walau ibu di atas anak anak, ibu juga adalah isteri kepada suaminya. syurga ibu ku di bawah tapak kaki ayah ku. redha ayah aku akan menentukan amalam ibu diterima atau tidak.

mereka juga banyak menganggap ku kurang matang, dan menganggap ni masalah kecil. dan ada juga yang menganggap ni semua berpunca daripada ku. sesungguhnya mereka tak kenal siapa ibu ku lagi. ingin saja aku ajak mereka duduk di rumah ku, sembunyi di dalam almari, tgk tengok rakaman CCTV hehe. tau lah mereka apa masalah family kami.

tak kurang ada yang memperli aku kerana perangai aku tak ubah seperti mama. yang ini nak tergelak. lain bebenar. jika mama suka salahkan seluruh ahli keluarga, aku hanya mengadu pasal mama sahaja. kalau dia suka mebebel, aku suka diam. aku membebel di blog ni tak menyakitkan hati siapa siapa ahli keluarga pun. malah aku tak guna perkataan bodoh, sundal dan sebagainya...aku tak malukan sesiapa.

InsyaAllah aku terima je semua kata kata nasihat di forum itu, perli ke nasihat ke aku pikir dari pelbagai sudut. aku ikut mana yang baik. aku dengar semua, bukan yang aku nak dengar sahaja seperti mak aku yang berbidas hujah dengan kaunselor agama gitu..  sesungguhnya sumpah aku takut aku akan jadi seperti ibu aku bila tua nanti. Nauzubillah, ya Allah jauhkan lah....amin. kau kasihanilah ibuku, kau berilah petunjuk kepada mama ya Allah. Berikan dia kebahagiaan, melalui kami anak2 yang sempurna, bijak dan baik. Bukakna lah hati dia untuk melihat bertapa bertuahnya dia dia Ya Allah, sesungguhnya terlalu byk nikmat yang kau dah curahkan kepada Dia. Bukankan hati dia untuk melihat semua itu. Amin Amin ya Rabbal Alamin...

papa, pengasuh, adik beradik semua okay okay sahaja....

-Saya Sayang Mama-

1 comment:

MISS EIYRA said...

Nasihat mana yg baik tu kita ikut,mana yg tak tu kita abaikan je..