Assalamualaikum...
Tahun ni tahun kehancuran. Sedih sebenarnya. Aku tak tau apa masa depan keluarga aku. Nampak macam bahagia. Tapi setiap kali ada konflik...mama lah punca nya. Aku tak tau apa masalah mama sebenarnya. Betul ke semua orang tidak boleh menerimanya, atau dia yang tak boleh menerima orang lain?
Orang yang membaca blog ini juga tidak akan faham. Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan. Ada yang cakap aku mengaibka mamaku sendiri. Ah adakah aku menyebut namanya dan sebarkan kepada kawannya? Tidak bukan? Malah aku sendiri mengaburkan identitiku. Jadi tuduhan aku mengaibkan mama ku tidak boleh dipakai sama sekali.
Tujuan utama blog ini adalah tempat menjadi aku lepaskan perasaan aku sendiri bila dimarahi mama. Salah kah aku? Salah kan. AKu tak macam korang ada masalah terus boleh peluk emak korang dan luahkan perasaan. Kalau aku, aku boleh buat macamna? Takkan aku nak pukul kerusi, sepak meja, aku luahkan dekat blog ni pun sesuatu yang boleh disyukuran oleh seorang ibu.
Yelah ibu mesti tak suka kalau anak dia memberontak dengan cara lain kan? Kalau aku ambil dadah macamana? Kalau aku berzina dengan lelaki yang kononnya nak membantu aku macamana? AKu luahkan di blog sahaja aku tak mintak simpati korang wahai, pembaca.
-Saya Sayang Mama-
2 comments:
Anak yang dirahmati Allah s.w.t,
Bumi mana yang tak ditimpa hujan....
Yang menegur bukan tak memahami :), malah lebih dari itu telah menghadapi segalanya.
Permasalahan yang serupa tapi tak sama,, dirimu 'sedang' melaluinya, dan diri ini 'telah' melaluinya, malah hingga ke saat ini juga diri ini 'tetap' masih seorang anak...walaupun telah menjadi ibu.
Kadangkala di saat kita berenang di lautan 'kedukaan', kita rasa sampai satu masa kita sudah tak mampu mengharunginya, kepenatan menanggung kesedihan, jiwa yang lara,,,kosong dan terasing hingga merasakan seolah-olah tiada lagi tempat bergantung dan meluah rasa...sunyi, keliru, malang dan benci...mengapa kita perlu menghadap perangai ibu bapa seperti ini? Benci....tapi sayang dan kasih....risau...segala bentuk emosi mencengkam jiwa seorang anak....silap pertimbangan jiwa lara ini akan merosakkan diri sendiri.....
dan anak yang dirahmati Allah s.w.t, sekadar mengingatkan sesama insan, kita yang terlebih dahulu merasai ' ujian Allah s.w.t' ini, jangan pernah berputus asa dengan berniat merosakkan diri atau menggadai iman di jiwa. 'Ujian' yang yang di letakkan atas jiwa ragamu, laluinya dengan sabar, tabah dan tawakal hanya kepadaNya...dan semoga 'keputusannya' kelak ketika dirimu menjadi ibu, kamu 'lulus' dengan cemerlang untuk dijadikan contoh tauladan kepada anakmu dan masyarakat.
Anak yang dirahmati Allah s.w.t, untuk ketenangan,,,beringatlah selalu dunia hanyalah pinjaman, mama, abah, adik beradik, malah diri kita ini juga hanyalah satu pinjaman. ketika kita dijemput Illahi tinggal semuanya, hanya amal yang dapat dibawa. Bernafaslah dengan kalimah Allah s.w.t yang menguasai langit dan bumi, serahkan jiwa lara ini pada Nya yang bekuasa, adukan padaNya, sujudlah pada Nya kerana Dia yang lebih mnegetahui akan hikmahnya 'mengapa' dirimu yang terpilih untuk di uji sebegini...
Anak dirahmati Allah s.w.t,
hidup kita telah ada janjiNya ' walau sebesar zarahpun perbuatan kita, tetap ada balasannya, berhati-hatilah dalam sebarang tindakan dan perbuatan semoga kita sentiasa di jalan yang benar dan dirahmati olehNya...
~ langit tak selamanya hujan, satu hari akan bersinar juga sang suria...
sangat menarik, terima kasih
Post a Comment