Assalamualaikum...
hari ini aku dapat mesej. dari mama. dia gaduh besar malam tadi. dia kata dia kena tumbuk dari papa. nak report polis katanya. ini bukan kali pertama, tapi kali ke 3 atau lebih kata nak repor polis termasuk kes2 dulu. aku layankan je. aku jawab, "report jelah mama...." tapi mama balas, mama tak nak report sebab dah tak ada kesan kat badan, susah nak repor dan ayat ni "korang nak ke bapak korang masuk lokap" aku diam. aku tau, bukan senang nak masukkan orang dalam lokap. cuba polis dengar cerita sebenar karang, silap silap mama yang masuk lokap. aku tak bias. aku layan je. baca mesej2 mama terdahulu bila hati sejuk dan tenang.
tengahari tadi papa dan adik datang kolej aku, nak antar barang yang aku minta semalam. kami berbual mesra. masa papa pergi toilet, adik aku bisik " malam tadi teruk gila" aku tanya "pehal weh" padahal aku dah tau sbb mama mesej dia gaduh besar dgn papa. Tapi aku tak nak bias. aku nak dengar citer dari adik, kemudian dari papa pulak.
adik aku cakap, mama macam orang gila malam tadi, dia mengamuk2, campak hp papa sampai pecah, maki carut lucah2, dan balik papa dengan rehal quran. aku istigfar. papa pun balik dari toilet, kami diam.
tak lama pastu, papa bukak cerita. sambil aku perhatikan tangan papa, aah la ada kesan luka dia lengan papa, byk dan besar. aku nak nangis tapi tahan. aku dah agak, mesti mama yang beriya bergaduh bukan orang lain. macam aku tak kenal pula mama macamna.
(teringat kes setahun lalu, aku tengah iron baju, mama nak pukul aku dengan lampu ikea yang batang panjang tu, secara natural aku elak lampun panas tu dengan iron di tangan, mama macam kena rasuk, alih2 dia mesej papa yang aku kurang hajar sbb nak pukul dia dengan iron, nasib baik papa tak pecaya..)
papa tak citer pasal keburukan mama pun. cuma citer yang dia yang malam tadi dia penat sangat, balik rumah nak rehat (macam biasa dia cuti je balik umah tah masa bila dia jumpa isteri no 2 tah) dia kena serang dgn mama. mama ni melampau pada pendapatku. papa tu masih suami dia kenapa dia sakitkan papa macam ni sekali??
dia cakap darang2 kat papa dan maki hamun masa papa baring nak tidir pun di pukul2nya papa. bila papa lari keluar, dia jerit lelaki dayus penakut gila. pada pendapat aku, orang gila adalah orang yang rela dipukul dia. Wahai mama, ingatlah papa itu suami mama, syurga mama di telapak kaki papa. kenapa mama kenapa...
papa tidur di hotel malam tadi. dan balik rumah pada keesokkannya semasa mama kerja untuk ambil barang aku dan menghantarnya ke asramaku.
thanks papa, setiap kali cuti (kami tau jadual kerja papa) mesti papa penuhi masa papa dgn family.. harap papa tak lupakan kami disebabkan mama. bersabarlah.. kami tau papa istimewa.
-Saya Sayang Mama-
1 comment:
Aku sgt simpati dgn nasib ko... aku faham ko nk kan keluarga bahagia yg aman dan damai... tapi ko tk dpt tu semua, dan kau tk nk kurang ajar dgn mama ko tapi ko tk leh tahan dgn kerenah dia...
Tapi aku jugak simpati dan memahami mama ko sbb dia dimadukan tanpa kerelaan hatinya... bila papa ko tk balik, dlm fikiran dia hanya terbayang wajah papa ko bermesra dgn isteri no.2... mama ko sgt stress sebenarnya.... kecewa yg amat mendalam, sbb tu nasihat semua tidak memberi kesan... dia yg menanggung semua tu, sendirian... *menitis airmata ku.....
Kau sayang kan papa ko jugak... Aku faham, papa ko cuba perbaiki keadaan dgn tidak memburukkan mama ko sbb dia pun rasa bersalah atas apa yg dia telah lakukan yg menyebabkan mama ko jadi begini.... maybe dulu sikap pemarah mama ko tk seberapa tapi skrg makin menjadi2....
Ko kena kuat dan sabar... there's nothing u can do sbb ni semua Qada' dan Qadar....
Post a Comment