Thursday, 18 August 2011

Cara Mendidik Anak

Assalamualaikum...




Sebuah perkongsian yang teramat rugi jika tidak disebarkan …. Kadang kadang kita selalu menganggap ibu sahaja yang betul. Kita silap atau tidak balance dalam menafsir ajaran Allah. Seorang ibu hanya menelaah bagaimana nak menyuruh anak mengikut katanya. Dicari hadis tentang betapa mulianya ibu. Seorang ketua pula menelaahbetapa ketua perlu dihormati, dicarinya hadis tentang hebatnya ketua. Mama saya bergitu juga, banyak betul dia menelaah buku tentang mulianya ibu.Tiada satu pun buku yang dia baca tentang bagaimana mendidik anak dan cara menjadi ibu yang baik. Yang dia tau "IBU MESTI DIPATUHI". Full stop.

Dari : Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh
Ada kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram. Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.
Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.
Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan. Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru. Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.
Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak. Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.
Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?
Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar. Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.
Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.




Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.
Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.
Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.


Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.
Baginda mengatakan:
“Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Nota Saya Sayang Mama : Ya Allah … berilah daku kekuatan untuk menerima Mama dengan penuh hikmah dan kasih sayang …..




-Saya Sayang Mama-

Wednesday, 17 August 2011

Sahur Yang Suram

Assalamualaikum...


Sahur pagi macam biasa aku dah adik adik bangun awal. Teus makan secepat yang mungkin. Tak perlu tunggu mama turun untuk mencari kesalahan kami. Biarlah.


Kalau betul dia concern dan nak makan dengan kami. Dia akan bangun awal dan sediakan makanan untuk kami. Tak mengapalah. Kami dah tak kisah mama.


Semalam semasa mnyediakan juadah berbuka, aku pelik keadaan sunyi ke. Rupanya mama masak. Keadaan agak diam. Maklumlah dia nak berbal dengan sapa? Pembantu rumah dah makan hati akibat ditengking semasa berbuka di luar kelmarin. Yang lain memang tak lah.


Pastu tetiba dia keluar suara. Dia menengking aku dengan kasar sebab aku tak ikat rambut semasa memasak. Okay fine lah memang salah aku. Tapi itu ke cara komunikasi yang seronok antara ibu dan anak? Dan, rambut dia pun mngerbang jugak, hehe. Macam biasa aku rasa lawak.


Aku ada menyuruh adik kecik membantu ku semasa aku masak jugak. BUdak kecik itu turut je arahan aku yang lembut ni. Pastu mama pun suruh adik aku tolong dia. Budak itu diam dan liat. Ape lagi mama pun marah dah dengan nada kasarnya "Hey, kalau cakap kakak awak ikut je ye! Cakap mama langsung tidak ikut!" 


Ayat tu memang selalu dia sebu dah. Dia tak pikir ke ada something wrong dengan diri dia bila yang lain saling berbaik cuma dengan dia je kami kaku. Entah lah....kami memang jahat kot.


Dia selalu tuduh aku tak memberi pengaruh yang baik terhadap adik. Macam biasa dia tak pernah nampak kesalahan diri dia. Sedangkan bagi aku dia kene berlembut dalam mendidik anak anak.Aku pasrah.


-Saya Sayang Mama- 



Mana Mak?


Assalamualaikum...

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semuga ianya tidak berlaku
kepada kita ya………..

"Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi
kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak
setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah
tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua
anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah
kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak
Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti
mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum.
Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.
Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa
anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar.
Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.
Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak
belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam
Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.
Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta
untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti
nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali
Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat
gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.
Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan
anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi.
Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput
Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak.
Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau
kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya
buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu memeluk
erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak
Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon
untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah
diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?".
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang
tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana
anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain
yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik ,
"Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,
Alang dan Adik mengikut dari belakang.
Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak
kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?
Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan
buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?"
masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah,
apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama
dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri,
pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti
apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan
deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

SOURCE Cari.Com.My