Thursday, 18 August 2011

Cara Mendidik Anak

Assalamualaikum...




Sebuah perkongsian yang teramat rugi jika tidak disebarkan …. Kadang kadang kita selalu menganggap ibu sahaja yang betul. Kita silap atau tidak balance dalam menafsir ajaran Allah. Seorang ibu hanya menelaah bagaimana nak menyuruh anak mengikut katanya. Dicari hadis tentang betapa mulianya ibu. Seorang ketua pula menelaahbetapa ketua perlu dihormati, dicarinya hadis tentang hebatnya ketua. Mama saya bergitu juga, banyak betul dia menelaah buku tentang mulianya ibu.Tiada satu pun buku yang dia baca tentang bagaimana mendidik anak dan cara menjadi ibu yang baik. Yang dia tau "IBU MESTI DIPATUHI". Full stop.

Dari : Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh
Ada kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram. Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.
Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.
Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan. Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru. Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.
Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak. Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.
Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?
Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar. Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.
Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.




Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.
Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.
Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.


Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.
Baginda mengatakan:
“Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Nota Saya Sayang Mama : Ya Allah … berilah daku kekuatan untuk menerima Mama dengan penuh hikmah dan kasih sayang …..




-Saya Sayang Mama-

No comments: