Assalamualaikum,
Setelah buat blog ini, aku buat keputusan untuk jarang mengadu pada papa. Aku tak nak disebabkan aku bercerita mengenai keburukan mama di rumah, hubungan papa mama jadi renggang pulak disebabkan aduan aku pada papa. Wahai blog, dengarlah rintihan hati aku pagi ini.
Aku baru habis bersahur, sekejap lagi mama panggillah saya dan adik untuk solat berjemaah. Nampak sempurna bukan? Aku nak tanya kat sini berapa je yang solat subuh berjemaah setiap pagi? Iya setiap pagi. Setiap subuh, maghrib dan isyak.
Pagi ini macam biasa mama bangun paling lambat. Aku bangun awal untuk membantu pembantu rumah aku menyediakan makanan untuk adik adik. Adik lelaki aku sangat membanggakan. Dia juga bangun awal untuk tolong apa yang patut.
Gulai itu masih panas, adik lelaki aku Nazim yang dah keluarkan mangkuk membiarkan seketika di tepi. Takut mangkuk pecah pula. Mama tetiba turun dan buat buta rajin mengaut gula kedalam mangkuk. Kami tak sempat nak kata apa. Seperti yang dijangkakan, mangkuk itu pecah. Gulai meleleh keluar.
Mama pun apa lagi start lah membebel. Paling tak logik pulak tu. Ada ke dia berusaha nak menyalahkan orang lain sampai keluar idea yang tak best langsung. "SEBAB TU LA JANGAN PANASKAN LAUK SAMPAI MENGGELEGAK, PANASKAN SIKIT SIKIT JE". Aku tak pernah dengar lagi dia ajar pelajaran ni sebelum ini.
Setiap hari ada je ajaran baru yang sesuai diadaptasikan dengan kehendak dia dan puaskan hati dia. Pelajaran baru setiap hari juga bertujuan untuk memuaskan hati sendiri dan menyembunyikan kesalahan diri sendiri.Selepas itu, dia bergaduh mulut dengan Nazim. Marah Nazim kononnya itu ini. Aku yang memerhati ni tak rasa langsung yang adik aku salah.
Sebba tu anak dia memberontak. Cara dia mengajar nampak sangat kolot. So 70'. Aku tak paham ideology mana yang mengatakan semua ibu betul. Mereka manusia biasa. Melalukan kesalahan. Ibu buang anak, dera anak adalah salah. Ibu yang buat kesalahan kecik ini juga ada salahnya. Iya kami masih hormatkan dia.
Korang mungkin akan salahkan aku. Sebab korang belum kenal siapa lagi dia. Dia sudah lukakan hari ramai orang. Tu mungkin akan dijelaskan dalam entry lain. Eh nak jugak bagi contoh. Semalam masa buka pasa makan buffet diluar, dia boleh menengkin pembantu yang kami anggap macam mak sendiri tu disebabkan pambantu rumah kami tak nak makan nasi. Dipaksanya seorang tua itu untuk mengikutinya. Subhanallah.
Dia mahu orang menurutinya sahaja. Termasuk ibu dia sendiri aka nenek aku, papa sendiri, dan semua orang disekelilingnya. Korang yang terbaca entry ni tolonglah doakan ibu aku menjadi seperti ibu orang lain. Umur dah tua dia tak sesuai lagi nak marah orang lain tak tentu pasal. Aku tengok orang tu kalau dah tua dia hanya nak bahagiakan orang di sekelilingnya sahaja.
Amin...
-Saya Sayang Mama-
4 comments:
sabar ek. semoge ibu kamo akan berubah.. :)
umur kau berapa?? kalau kau ada keberanian tegurla mak kau..untuk kebaikan dia jugak..xsalah kalau kau tegur dia masa dia buat salah..
gua doakan mak kau sedar oke.. :)
Anak yang dirahmati Allah s.w.t,
Dari hati seorang mama,yang juga seorang anak,,,dan keburukan yang engkau nyatakan disini juga sebahagian maruahmu...
Sebagaimana satu hari nanti bila kau bergelar ibu/mama seperti itu juga engkau akan terluka membaca luahanmu disini..
Lepasi dendam lukamu dengan menutup aibnya,,,zahirkan kecewamu dengan doa kasihmu terhadapnya,
kerana....penanggungannya selama 9 bulan untuk dirimu tak akan pernah terpaling walau setinggi gunung aib dan dosanya, kerana dialah ibu yang bertarung nyawa melahirkan kamu....
kalau boleh saya tak nak layan anak saya mcm mama layan anak dia dan suami sendiri. Sekarang papa dah kawen lain, mcmne tu?
Post a Comment