Assalamuailaikum...
Syukur ke hadrat ilahi, setelah lama berfikir fikir tentang pembuatan blog ini, akhirnya aku berjaya juga. Blog ini khas untuk aku sendiri. Meluahkan perasaanku terhadap mamaku.
Sayang mama, benci mama, suka mama, tak suka mama, semua akan diluahkan disini. Tanpa perlu diumumkan siapa aku sebagai penulis dan siapa dia mamaku.
Tujuan blog ini adalah menjadi sebagai sahabat aku bila hati aku terluka. Kerana aku rasa tiada siapa yang memahami isi hati aku.
Hal hal yang berlaku antara aku, papa, adik-adik dan mama akan diulas lebih lanjut didalam post akan datang. Cukuplah buat masa ini, pengenalan yang serba ringkas dari penulis, Saya Sayang Mama.
-Saya Sayang Mama-
No comments:
Post a Comment