Saturday, 31 December 2011

Saya Pikir

Assalamualaikum...


mama cakap: kenapalah anak anak mama tak macam anak orang lain?
saya pikir: sebab mama tak macam mak lain.


mama cakap: kalau mama mintak tolong anak anak tak nak tolong tau seronok aja.
saya pikir: kalau nak mintak tolong mintak terus terang jangan cakap "ada hal" plan betul2 lah bukan last minit.




mama cakap: anak anak ego, papa pun ego. semua ego.
saya pikir: mustahil semua orang ego,mungkin mereka ego pada mama sebab yang EGO nya adalah mama.



saya nasihat mama dari segi agama, suruh bersabar dan mengucap..


mama cakap: anak anak tak layak ajar mama, jangan nak berlagak dan pandai pandai.
saya pikir: sikap mama yang ego amat teserlah disitu.



saya ingatkan mama jangan lupa doa untuk diri sendiri jugak.


mama cakap: awak ingat mama ni teruk sangat ke? suruh mama doa. awak tu yang kena muhasabah diri, awak tu bape kali mengucap? nak memperendahkan mama, memperlekeh mama..
saya pikir: astagfirullah..



hari ini bilik saya terkunci, adik saya pula ada masalah di tempat kerja. bila bagitau mama...


mama cakap: tulah balasannya kalau tak dengar cakap mama.padan muka.
saya pikir: patutlah hati anak anak jadi keras. no wonder...





mama cakap: papa dulu bagi hantaran sikit je. itupun untuk kos majlis.
saya pikir: alamak dah mula mengungkit.



papa cakap: mama tu memang macam tu. papa bukanlah tak sayang. sayang sangat dengan mama. tapi sikap mama tu buat papa rasa tak dihormati. papa cakap sikit dia melenting. papa nasihat pasal anak anak dia cakap papa asyik menangkan anak anak je. mama tu kalau rasa tak puas hati dia kene lepaskan time tu juga.tanpa pikirkan perasan orang lain. bukan kat korang je. kat papa tapi kat keluarga papa pun macam tu. papa sedih bila masa arwah Wan hidup dulu Wan jarang datang rumah kita. Sebab tak selesa dengan mama. Papa kecewa, sampai arwah Wan meninggal, tak pernah sempat jumpa uwan sebelum solat raya, setiap tahun beraya di rumah belah mama je.
saya pikir: ...tsk tsk tsk...

 -Saya Sayang Mama-

2 comments:

Anonymous said...

hmmm.... ranei pun bukan datang dari keluarga yang sempurna tapi ranei pon ader pendapat sendiri tentang isu ni... pendapat ranei anak anak adalah cermin kepada keperibadian ibu bapanya.. dari sikap anak2 kiter boleh tahu cara orang tuanya.. tapi yang paling penting kita kena hormat menghormati lebih lebih lagi antara anak anak dan ibu bapa.. memang orang tua ada egonya tapi kalau difikirkan balik mungkin itu cara mereka dididik.. kalau kita rasa kita betul kita harus buktikan.. kekurangan mereka harus dijadikan tauladan kebaikan mereka pula harus dicontoh.. walau macam mana buruk pun mereka kita tetap tidak berhak untuk menderhakai mereka... semua ini dah tertulis dan diajar di dalam Al-Quran.. kita tidak boleh menghukum tapi kita boleh ambil iktibar untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dari mereka. kalau kita tak boleh faham mengapa mereka jadi begitu bagaimana kita nak memahami tindakan anak kita sendiri kelak... konsepnya sama.. anggap sahaja cuba memahami ibu bapa adalah langkah pertama untuk menguasai psikology anak anak kita kelak.. insyaallah.. (life is a cruel teacher yet it is still the best)

Anonymous said...

good info... i am very thankful to have parents like my parents... thank you for raising me your way. especially point number 3 n number 4, parents aku bukan jenis marah2 punya org, cakap pun pertuturan terjaga n lembut. that has somewhat shaped me as well, i think aku ni agak penyabar n lembut hati orgnya (eh puji diri sendiri ). sometimes ppl tak setuju cara parents aku.. katanya manjakan anak la apa, patut anak2 kena selalu dimarahi n digarangi, to which my parents tak agree.. kalau nak marah bukan dgn cara menengking2. menyebabkan aku lagi syg n bersyukur n appreciate ada parents seperti mereka lagi ada la... insya Allah nak buat mcm tu jugak untuk anak2 sendiri nanti....