Saturday, 31 December 2011

Komen Saya

Assalamualaikum... 

PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak? Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.
Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan. Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa. Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
no komen, sebab papa adalah sangat baik, keluarga papa juga baik walau tak sekuat agama macam keluarga mama.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
mama dan papa okay je, dua dua sepakat kot.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
mama sangat kasarbila emo dia dah datang. kalau ada 10 orang, semua kena sembur termasuk nenek saya. apatah lagi papa.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 
iya tidak dinafikan lagi. sebab tu hati anak dia keras. keras kat dia je lah, cakap pengasuh dan papa kami sangat patuh dan taat. wait what? cakap pengasuh kami pun kami taat tau..

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak. 
pengarsuh yang masak. mama masak kalau ada jamuan je. tu pun habis tunggang langgang satu dapur.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 
biasa nya mama tidur, xpelah its kay. kami dengan pengasuh seronok bila masak sama sama di dapur. tapi kan bila mama turun je, kami senyap macam garuda tempur masuk. pastu kami tadah jelah telinga mama komplen pasal makanan tak selera, then ceramah pasal agama denga ramput mengerbangnya. seram.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 
seperti yang dikomen di atas, semua jadi hambar bila mama ada, salah siapa kami tak tau. dia suka berdebat jugak tau.papa jarang ada dirumah sebab kerja. ala standard la, mama cikgu so memang lehbalik awal kan. (itupun tak masak, balik tidur). Then bila papa ada kami nak berbual bual mesra topik ringan mama selalu ambil serius sangat sampai berdepat, dia nak menang sahaja. dia punya pandangan selalu nak berlainan dengan semua orang. Astagfirullah.. pastu tak leh terima pendapat orang lain.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 
dia cakap sayalah yang paling mnyakitkan hati dia. ceh itu bila gaduh dengan saya. tapi bila gadung dengan papa atau anak lain, orang lain pulak yang paling menyakitkan hati dia haha.

9. Kurang melahirkan kasih sayang. 
tak tau lah sayang kot, cuma cara dia tu takleh nak ubah dah..hadapi jelah.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 
iya betul.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
mama tidur, walau balik rumah sebulan sekali pun dari tingkatan satu dulu, mama jarang ahh sambut, masak tidak, jenuh nak ketuk bilik dia untuk salam. itupun papa suruh, ikut rasa dah penat jalan jauh aku nak je terjelepuk atas katil. mama mama....

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.


13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.


14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.


15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.


16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.


17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
mama terlebih bagus dalam hal ini.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
mama tak hormat mak dia sendiri iaitu nenek, tak hormat papa, dan tak hormat pengasuh kami.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
mama selalu serius, kalau bergurau pun dia ungkit esok esok, ah menyesal aku bergurau dengan dia semalam. hari ni dia mesej aku panjang berjela. tapi aku ni baik skit. adik adik aku semua padam je tanpa baca dahulu.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
mama nak anak anak anggap dia bukan sahaja ketua kelualga, tapi juga sebagai ustazah, cikgu disiplin, ulamak, pengetua dan perdana menteri.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
bahasa mama panjang berbelit, kadang tak paham apa point dia sebenar. pernah mesej dengan dia tanya tentang sesuatu, dia tak jawab sampai kesudah tapi mesej panjang berjela. esoknya bila aku buat benda tu, dia persoal kenapa tak ikut arahan dia semalam. aku pun what the??

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
mama memang pakar bertengkar, orang tak minat pun tak bertengkar dengan dia dia bertengkar lah sorang, semua dia sembur. 

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
tersangatlah betul. orang kata pandang muka mak dapat pahala. aku jarang pandang mama selalu masam muka, jegil mata.. xde aura ibu lembut.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
mama tak macam ni. dia patuh ajaran islam.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
tak setuju.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
mama tak tau kot aku dah bercinta dengan BF aku 6 tahun dah. tak pernah berubah. segala masalah aku mengadu kat BF je. senang.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
banyak dah.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
mama selalu bising aku buat blog, masak kuih pun dia akan komplen. senag cerita mama buat apa je ikut mood dialah. tak dapat nak expect apa apa dari dia.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
taklah pulak, sbb mama cikgu. Alhamdulillah, anak mama semua pandai. tapi mama selau bandingkan anak dengan anak orang lain.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
nampak macam berminat, tapi cara dia terangkan sesuatu kat adik aku darjah 3 macam mengajar budak tingkatan 5. last last aku juga yang terangkan perkara itu pada adik aku.pastu bila adik aku dah paham, mama cepat cepat menyampuk nak terangkan lebih-lebih lagi sampai adik aku tak paham semula.

bagi mama, lebih adalah terbaik. sbb tu mesej dia sangat panjang sampai 6 page, bila saya tak paham, saya kena marah berlagak tak paham bahasa melayu.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
tak pernah!! katanya anak tidak layak mengajar orang tua. kalau ada pun saya dituduh menyindir dia, memperlekeh dia dan sangka mama jahil. Ya Allah kalu ampunilah dosa aku dan ibu aku.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
penghargaan itu apa?

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
LETER? itulah mama!

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
mama hukum ikut mood dialah.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
memang pun. kami dah biasa lah, cuak jugak. tapi kami tak tunjuk. meluat lah. suka mengugut. hati anak anak lagi keras.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
jangan cakap tanpa menyatakan kesalahan, mama ni kesalahan tahun lepas pun dia ungkit, termasuk mengungkit jasa dia pada anak anak, pertolongan dia, pasal papa semua dia ungkit.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
betul jugak. ahh kalau nak kena rotan memanjang matilah kami.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
sangat! cakap hal ugama macam uztazah tapi bila yang kena kat batang hidung dia tak pulak rujuk agama. eg: hal hormat suami, atau bila mama marahkan nenek.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
tegas sangat kot. stress dibuatnya!

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama. 
tah lah.


-Saya Sayang Mama-

Saya Pikir

Assalamualaikum...


mama cakap: kenapalah anak anak mama tak macam anak orang lain?
saya pikir: sebab mama tak macam mak lain.


mama cakap: kalau mama mintak tolong anak anak tak nak tolong tau seronok aja.
saya pikir: kalau nak mintak tolong mintak terus terang jangan cakap "ada hal" plan betul2 lah bukan last minit.




mama cakap: anak anak ego, papa pun ego. semua ego.
saya pikir: mustahil semua orang ego,mungkin mereka ego pada mama sebab yang EGO nya adalah mama.



saya nasihat mama dari segi agama, suruh bersabar dan mengucap..


mama cakap: anak anak tak layak ajar mama, jangan nak berlagak dan pandai pandai.
saya pikir: sikap mama yang ego amat teserlah disitu.



saya ingatkan mama jangan lupa doa untuk diri sendiri jugak.


mama cakap: awak ingat mama ni teruk sangat ke? suruh mama doa. awak tu yang kena muhasabah diri, awak tu bape kali mengucap? nak memperendahkan mama, memperlekeh mama..
saya pikir: astagfirullah..



hari ini bilik saya terkunci, adik saya pula ada masalah di tempat kerja. bila bagitau mama...


mama cakap: tulah balasannya kalau tak dengar cakap mama.padan muka.
saya pikir: patutlah hati anak anak jadi keras. no wonder...





mama cakap: papa dulu bagi hantaran sikit je. itupun untuk kos majlis.
saya pikir: alamak dah mula mengungkit.



papa cakap: mama tu memang macam tu. papa bukanlah tak sayang. sayang sangat dengan mama. tapi sikap mama tu buat papa rasa tak dihormati. papa cakap sikit dia melenting. papa nasihat pasal anak anak dia cakap papa asyik menangkan anak anak je. mama tu kalau rasa tak puas hati dia kene lepaskan time tu juga.tanpa pikirkan perasan orang lain. bukan kat korang je. kat papa tapi kat keluarga papa pun macam tu. papa sedih bila masa arwah Wan hidup dulu Wan jarang datang rumah kita. Sebab tak selesa dengan mama. Papa kecewa, sampai arwah Wan meninggal, tak pernah sempat jumpa uwan sebelum solat raya, setiap tahun beraya di rumah belah mama je.
saya pikir: ...tsk tsk tsk...

 -Saya Sayang Mama-

Tuesday, 15 November 2011

Sayang Mama

Assalamualaikum... 

Semalam balik asrama, lagi 5 minit nak pukul 7 aku mintak tolong mama hantarkan ke bustop. Takut nak g bus station sebab tak sempat so tunngu kat bustop mana tau terserempak dengan bas tu. Sapa suruh aku lambat huhu. 

Mama dengan pantas cepat drive menuju ke situ, dah pukul 7, bas tak lalu pn. Mama terus menunggu bukannya meninggalkan aku seorang diri. 7 malam kot. Mama tentu risau.

Mama melihat aku dok perhati setiap bas yang lalu lalang. Aku berdiri hampir dengan jalan besar. Mama marah. Mama marah aku ketengah sangat. Mama suruh aku kedalam sedikit. Hihi. AKu ketawa je.

Mama cakap bahaya, kereta semua laju laju.

Mama terus menunngu, 30 jam berlalu. Mana bas ni? 

Mama cadang nak hantar ke bus station je lah, aku takut kang kalau aku tengah menuju ke bas station, terserempak pulak dengan bus yang ditunggu. Tapi tak apalah, aku ajak mama jugak untuk ke bus station.

Bila sampai je ke bus station, bas yang aku tunngu tu sikit lagi nak jalan. AKu cepat2 salam dengan mama. Dalam bas, aku berdiri untuk melambai mama sampai mama hilang dari pandangan. Saya sayang mama. Love you so much.

-Saya Sayang Mama-

Saturday, 5 November 2011

Kamu Tak Akan Faham

Assalamualaikum... 




Tahun ni tahun kehancuran. Sedih sebenarnya. Aku tak tau apa masa depan keluarga aku. Nampak macam bahagia. Tapi setiap kali ada konflik...mama lah punca nya. Aku tak tau apa masalah mama sebenarnya. Betul ke semua orang tidak boleh menerimanya, atau dia yang tak boleh menerima orang lain? 




Orang yang membaca blog ini juga tidak akan faham. Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan. Ada yang cakap aku mengaibka mamaku sendiri. Ah adakah aku menyebut namanya dan sebarkan kepada kawannya? Tidak bukan? Malah aku sendiri mengaburkan identitiku. Jadi tuduhan aku mengaibkan mama ku tidak boleh dipakai sama sekali.






Tujuan utama blog ini adalah tempat menjadi aku lepaskan perasaan aku sendiri bila dimarahi mama. Salah kah aku? Salah kan. AKu tak macam korang ada masalah terus boleh peluk emak korang dan luahkan perasaan. Kalau aku, aku boleh buat macamna? Takkan aku nak pukul kerusi, sepak meja, aku luahkan dekat blog ni pun sesuatu yang boleh disyukuran oleh seorang ibu. 




Yelah ibu mesti tak suka kalau anak dia memberontak dengan cara lain kan? Kalau aku ambil dadah macamana? Kalau aku berzina dengan lelaki yang kononnya nak membantu aku macamana? AKu luahkan di blog sahaja aku tak mintak simpati korang wahai, pembaca.




 -Saya Sayang Mama-

Friday, 9 September 2011

Kenapa Papa Buat Macam Ni?

Assalamualaikum... 




Papa,
Kenapa papa buat macamni?
Papa tak sayang kan keluarga ini ke..
Papa tak sayang mama?
Papa tak sayang akak?
Papa tak sayang adik-adik?
Dan yang paling penting papa tak saya diri sendiri ke..




Kenapa papa kahwin lagi satu tanpa berbincang dengan mama?
Kenapa papa tergamak kahwin lagi satu tanpa izin mama?
Kenapa papa buruk-burukkan mama pada isteri baru papa?

Kenapa papa sekarang ni selalu menangkan kami bila kami bergaduh dengan mama?




Sebab papa ada isteri baru, semua nampak buruk kan?
23 tahun papa kahwin dengan mama, tak kan dia takde apa-apa kebaikan pun buat papa?
Kalau mama bukan isteri idaman papa, kenapa papa tak bentuk dia selama 23 tahun ni?
Papa bukan sahaja tidak memdidik kami, tapi papa abaikan mama.
Duit, bercuti, rumah, kereta papa bagi tapi kasih sayang?
Kasih sayang yang disimpan hati sahaja bukan kasih sayang.




Papa ingatlah, 
Mama yang memdidik, 
Mama yang membimbing, 
Mama yang mencorak, 
Sampai anakmu ke peringkat master.
Cucu pertama yang ambik master dalam kedua dua belah keluarga.
Cucu pertama yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam keluarga belah papa.
Nak tau, semuanya hasil didikan mama, walau papa yang beriya nak akak amik master. 
Tapi hasilnya dari mama itu sendiri.




Dari ABC sampai lah doa dalam solat semua mama yang ajar.
Dari sifir dua sampailah bahasa lagu twinkle mama yang ajar.
Dari UPSR sampai SPM mama yang ambil berat.




Bancuhkan MILO untuk akak malam malam.
Temankan kami beli buku di kedai buku hujung minggu.
Yang selongkar beg sekolah kami bila dia ada masa.
Yang cubit kami bila tergagap hafal surah.
Yang tersengguk sengguk mengajar kami mengaji setipa kali selepas magrib.




Sampai hati papa mengadu kat keluarga belah papa yang mama tak hormatkan papa.
Satu kampung dah kecoh mengumpat pasal mama tak hormat papa kononya.
Entah apa alasan papa bila mengata mama tak hormat papa. Entahlah..
Papa yang kerja tak tentu masa, 2 kali seminggu  balik rumah.
Pukul 2 3 4 pagi mama tidur atas sofa untuk bukak pintu bila papa balik.
UNTUK SELAMA 23 TAHUN.



 -Saya Sayang Mama-

Wednesday, 31 August 2011

Berdebar di Pagi Raya ke Tiga.

Assalamualaikum... 




Salam, harini aku bangun. Terdengar mak de tengah berbual dalam telepon diluar. Macam hot je isunya. Pasal gaduh.


La..kenapa pergi gaduh dengan dia, ini bukan benda kecik ni!
Itu je ayat yang aku cepat tangkap. Aku terus bangun. Aku rasa anak lelaki dia yang gaduh kot. So tepon lah dia nak bagitau. Aku turun je, aku tengok ada je anak lelaki dia tengah tidur lagi di bawah. Hmm kawan mak de lah kot..






Tak lama pastu, pak sedara pulak berbual diluar, macam hot jugak isunya. Hati aku berdebar. Eh kenapa ni. Tadi makde yang bercakap dengan suara tinggi, sekarang pak sedara pula. Aku rasa tak sedap hati.


Adakah mama dengan papa bercerai????


Kalau betul, hancur dunia kami. Terima kasih mama sebab padai menjaga keluarga macamni. Thanks a lot!




 -Saya Sayang Mama-

Bangun Tidur Terus Makan.

Assalamualaikum... 




Lokasi : Rumah kampung sebelah Mama. (mana pernah lepak rumah sebelah papa pun walau sejengkal je rumah kedua-dua belah pihak.)




Tengah malam semalam tengah makan ais krim ramai-ramai. Aku menyuruh adik aku memanggil mama yang sedang tidur untuk makan bersama keluarga yang lain. Adik turun balik bisik kat aku. Mama buang semula cadar yang aku sempat pasang buat kali kedua bersama papa semalam. Keras sunnguh hati mama. Akutengok kat bilik, mama tidur terbongkang dengan ego egonya. Berlainan sangat dengan  imej papa yang sopan dan sentiasa menjaga perilaku walaupun sedang tidur.




Eh banyak pulak cerita. Pastu lewat malam masa tengok tv, papa tanya eh mama tidur dari petang tadi ke? Dah solatke belum agaknya ye.. (bertapa concernnya papa) Pastu papa terus naik dan kejut mama. Mama turun dengan muka singa dia. Tak tau buat apa. Pastu dia makan. Kehulur kehilir mencari nasi. Pastu sendawa kuat kuat masa berdiri pulak. Ku tengok rasa nak tergelak. Tak sesuai nya dengan papa yang elegant.




Aku duduk disebelah papa. Aku rasa papa pun perhatikan je perbuatan mama. Tak de ke mama tanya papa dah makan ke, pelawa papa makan ke. Baang basah yang papa belikan pagi semalam pun mama memang tak masak lah kan. Goreng telur ke. Nasib baik keluarga belah papa dekat. Bila papa lapar, aa lah tempat boleh makan.


Serius aku sumpah aku tak nak layan suami aku macamni bila aku kawen nanti.


Aku dari 7 8 tahun dulu sejak mula pandai berfikir, aku tertanya-tanya kenapa papa boleh bertahan dengan mama ni. Hati kau menjawab, sebab papa manusia yang sangat baik...




 -Saya Sayang Mama-

Tak Pandai Menghargai

Assalamualaikum... 




Ini lawak, ini lawak...!! (tangan di bahu, mata pandang ke atas, meluat!)




Hari ini aku dengan papa pergi ke bandar untuk beli barang. Memang semua malas nak pergi. Semalam berkobar-kobar sangat nak pergi bandar. Siap suruh aku drive. Tiap kali memangmacam tu lah.Okay itu aku tak kesah. Dah lah habit macam indon, sejam sebelum aku pergi aku tanya sapa nak pesan tak ada siapa pun nak pesan. Bila papa dah masuk kereta, semua baru nak bagi dit lah, suruh keluar duit kat atm lah, tulis senarai barang. Aku kecian dengan keluarga belah mama ni. Kenapa diorang macam tu ye....hancur sikap memasing...




Alkisah sebenar... aku excited gila beli barang keperluan untuk kampung. Nak upgrade lah sikit sikit. Bilik air kat kampung dah macam tongkang pecah. Aku cat bagai nak jugak aku sponsor barang lain macam tempat letak sabun, rak, tempat gantung pakaian dan sabu ubat gigi dan macam macam lagi lah. Papa dengan pemurah jugak beli dua biji bantal dan satu set cadar untuk salah satu bilik di rumah kampung ni. AKu happy sangat.




Sampai je di rumah, mama sambut dengan muka masam. Perlian dan komplen memang dah sebati dengan jiwa dia. AKu kesal dan sedih...


Buat apa beli bantal ni, raya dah lepas....!
Membazir je beli cadar. 
Shopping sakan ye korang!
Tak ajak mama pun. Pandai korang komplot.


Aku cakap lah, ala apa salahnya kita tolong Mak Teh. Nak tau mama cakap apa? Mama cakap..
Amboi pandai korang, apa ingat mama tak pernah beli barang ke untuk Mak Teh? Ni katil ni mama yang li tau. Hah dari beli rak ni baik beli almari terus! Pandai pandai je cakap mama tak pernah tolong beli barang untuk rumah ni.
Aku nak jawab lagi. Sebab geram sangat. Tapi papa larang. Papa cakap tak payah nak terangkan kat mama. Ya Allah, sampai macam tu sekali perangai mama. Sampai buat orang meluat nak cakap dengan dia lagi. Aku pun dah malas. Ak terus pasang cadar dalam bilik. Cantik pilihan papa. Lembut je color dia. Cadar lama, sarung bantai ada 3 corak yang berbeza, carak pattern lain, langsir corak lain.




Lepas tu aku sampaun kerja mengecat di bilik air. Nak tambah selapis lagi. Bila aku habis buat kerja. Aku naik atas, masuk bilik, tengok semua set cadar tadi dah kena campak ke bawah dan katil tu beralas cadar lama...




Tak tau lah kerja sapa....




 -Saya Sayang Mama-

Tuesday, 23 August 2011

Assalamualaikum... 


               Dear Papa, 


Papa tahu tak kami hari ni masak special. Kami start masak dari pukul 4.30 petang tadi. Adalah pajeri terung, bayam goreng, ayam masak kicap, ayam gulai tempoyak campur petai dan tempe goreng. Syukur alhamdulillah. Adik kecik berselera sangat sampai 3 kali tambah nasi.



 Kami hampir habis makan. Mama masih lagi memasak. Menumis apa kami tak tau. Sampai terbersin dibuatnya. Adik keempat jemput mama makan. Iyalah dia jugak berpesan tak baik melewatkan berbuka puasa. Pastu mama jawab apa?

"Huh tak selera langsung, satu pun makanan mama tak suka! Ulam pun tak ada"
 
Kami bagai hilang selera. Mak Mah buat tak tau. Mak Mah menitiskan air mata. Kami nampak. Papa, kenapa mama tak suka jaga perasaan orang lain? Jadi kenapa dia selalu merungut orang lain tak reti nak jaga perasaan dia?


 Baik, mungkin kami anak-anaknya tak pandai jaga hati dia. Iyalah kami kan anak yang jahat. Tetapi dia juga selalu sakitkan hati Papa dan Mak Mah. Dia tak tak dia lah orang paling bertuah dalam dunia ni sebab dapat suami sebaik bertanggungjawab penyayang penyabar macam Papa dan pengasuh anak-anak yang sebaik semulia semurni Mak Mah?


-Saya Sayang Mama-

Perkara Ajaib Tentang Mama

Assalamualaikum... 


Mama akan bising kalau kunci bersepah atas meja tamu, sepatutnya letak dalam bakul khas. Tapi mama pulak letak kunci kadang kadang dalam handbag dia, dalam bilik dia nun di atas, ataupun tak tau dimana. Bila hilang dia tension. Pelik bukan?

Kami selalu meroyan bila punggung kami digigit. Haha. Jangan muntah tau, maksudnya bila terduduk atas gigi palsu mama yang dia tertingal atau sengaja tinggal buat kenang-kenangan di kerusi makan, meja makan, rak dapur dan sebagainya. Tetapi suatu hari dia marah sebab tah siapa terletak berus gigi yang masih baru di rak makan.

Kalau kami pegang bekas makanan dan ianya terjatuh, mama akan marah sebab kami gopoh. Tetapi kalau mama pegang bekas makanan dan ianya terjatuh dia akan mengamuk sebab seseorang telah menutup bekas makanan itu dengan tidak kemas. Pelik tetapi benar!


-Saya Sayang Mama-

Saturday, 20 August 2011

Mood Mama Okay

Assalamualaikum... 


 Harini hujung minggu, Mak Mah balik kampung sehari dua. Mama nampaknya tak marah. Dia pun turun awal untuk menyediakan juadah berbuka. Mungkin baru hari ini baru dia nampak yang aku sedang panaskan lauk, kemas dapur asak nasik pukul 5.45 pm tadi. Bila nampak baru tak bising.


Semasa makan pun dia tak bising. Cakap yang perlu sahaja. Dan jaga hati semua orang. Syukur alhamdulillah..


-Saya Sayang Mama-

Isu Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum...


Minggu lepas aku dan Mak Mah pembantu rumah aka pengasuh kami dari kecik berniat nak pergi bazaar ramadhan. Mengidam sangat. Mak Mah tu asyik duduk rumah jer terperap. Seronok jugak kala dapat berjalan dengannya. Bulan puasa pun setahun sekali. Al kisahnya aku mintak kebenaran kat mama petang itu. Dalam mamai mamai tidur petang, Mama kata dia penat so dia suruh aku pergi jelah. Its okay, aku tak mengharapkan pun dia ikut sama. I know I know...


Kami pun beli kuih kesukaan dan lauk yang diidami. Kami dah selesai masak apa yang perlu tadi.Tak banyak kami masak. Sebab tau kami nak beli kat bazaar. Dah selesai kami pun baliklah dan idang semua. Dah nak dekat berbuka mama pun turun, tak semena mena kami kene tempak tepat kat muka. 


Pasal apa pergi beli? Membazir je

Ni makanan banyak ni sapa nak habiskan?

Korang ni mintak kebenaran ke nak keluar ni?

Kalau membazir terserah lah kat korang kan?

Bla bla bla bla..


Adeh, aku dan Mak Mah tertekan sangat. Apa lah dosa kami dia tengking, merungut pada kami sampai macam tu sekali. Baru pertama kali aku bawak Mak Mah keluar membeli. Mak Mah guna duit dia, bukan duit sesiapa. LAgipun kalau mama pergi bazaar bukan ajak sesiapa pun. Dah lah pukul 7 baru nak keluar rumah. Dia beli lagi banyak, kami ni bersyukur je.


Sesungguhnya aku cukup tak suka orang yang merungut depan rezeki, tambah tambah pulak dia pun makan makanan yang kononnya "siapa nak makan semua ni?".


Semalam pula, waktu hampir berbuka, mama ajak Mak Mah keluar ke bazaar ramadhan. Padahal Mak Mah tengk sibuk menyediakan juadah berbuka. Mak Mah menolak. Mama bengang dan perli Mak Mah kuat kuat, 

"Kalau Akak (aku) ajak nak sangat ikut ! "
Aku yang dengar dari ruang tamu rasa sakit sangat hati. Aku tak dapat bayangkan perasaan Mak Mah masa tu. Esok nya aku bertanya pada Mak Mah hal itu. Mak Mah cakap dia ada menjawab jugak selepas diperli oleh Mama yang tak reti jaga perasaan orang lain tu,

"Mana ada Mak Mah ikut selalu, yang sekali minggu lepas pun jadi kontroversi..."


Mak Mah menambah, selepas Mak Mah cakap macam tu je, terus mama diam. Aku pun suka jawapan Mak Mak. Setahun sekali kot Mak Mah defend diri dia. Bangga pulak aku, Mak Mah ni terlalu penyabar orangnya. Segala kata mama diikut, walau hati sering terluka. Katanya sebab sayangkan kami dia terus duduk di rumah ini. 


Bagi aku mama tak bersyukur mendapat orang sejujur Mak Mah. Aku mencadangkan supaya Mak Mah duduk lama lama dikampung. Mak Mah kata iya dia akan bercuti lama dikampung selepas adik lelaki aku tamat SPM nanti. Wassalam...


-Saya Sayang Mama-


Friday, 19 August 2011

Hasut Budaya Kita

Assalamualaikum...


Mama, 




Saya tak faham kenapa masa kecik dulu mama selalu hasut saya dan adik tentang cerita buruk tentang arwah nenek ye? Jeles sebab mama bukan menantu kesayangan kan? Isu remeh je rasa contohnya, masa dia kawin dengan papa arwah nenek buat biasa je tapi time pak sedara kawen, arwah umah buat meriah. Come on la, mama kawen dengan papa zaman 80-an. Zaman tu jemput menantu mana meriah macam zaman sekarang. Ayah sedara kawen zaman akhir 90-an. Nak bandingkan tu kenapa. Macam macam mama buruk kan arwah uwan. Akhirnya kami jarang tido umah uwan. Syabas mama sebab berjaya pisahkan kami dengan arwah uwan.


Ada suatu masa, tahun 2000, pakcik (adik papa) tinggal menumpang kat rumah kita, saya tau dia sangat tersiksa. Hari hari makan hati dengan mama. Biasalah mama kalau tak buat musuh dengan orang sah lah itu bukan mama. Hari-hari dok makan hati. Hubungan kami dengan pakcik makin renggang. Padahal masa kecik bapak rapat nya. Kami pun malu dengan pakcik sebab tindakan mama. Tindakan mama paling ketara adalah mama ada mengirimkan sebungkus plastik sampah yang penuh dengan sampah dari bilik yang pakcik tinggal tu kepada arwan nenek.


Kami tak tau sampailah arwah nenek meluahkan perasaan nya kepada kami tentang perbuatan mama. Nenek menangis. Saya juga menangis mama. Adik pun sedih. Walau waktu tu kami masih muda, kami tak mana buruk baik tindakan mama. Mama kenapa kejam??? Runtun hati arwah nenek dibperlaku mama. Saya kesal sangat....




Ya Allah...


Kami keras hati disebabkan perangai mama ni.


-Saya Sayang Mama-


Thursday, 18 August 2011

Cara Mendidik Anak

Assalamualaikum...




Sebuah perkongsian yang teramat rugi jika tidak disebarkan …. Kadang kadang kita selalu menganggap ibu sahaja yang betul. Kita silap atau tidak balance dalam menafsir ajaran Allah. Seorang ibu hanya menelaah bagaimana nak menyuruh anak mengikut katanya. Dicari hadis tentang betapa mulianya ibu. Seorang ketua pula menelaahbetapa ketua perlu dihormati, dicarinya hadis tentang hebatnya ketua. Mama saya bergitu juga, banyak betul dia menelaah buku tentang mulianya ibu.Tiada satu pun buku yang dia baca tentang bagaimana mendidik anak dan cara menjadi ibu yang baik. Yang dia tau "IBU MESTI DIPATUHI". Full stop.

Dari : Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh
Ada kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram. Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal.Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.
Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka.
Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan. Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru. Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Sebelum mereka mengetahui benar atau salah sesuatu perkara itu anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.
Justeru, perkara yang biasa dilihat, itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak. Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.
Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?
Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar. Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.
Ibu bapa perlu memiliki kesabaran dalam menghadapi anak yang nakal. Kesabaran itu sangat dituntut dalam memberi didikan supaya jiwa anak stabil dan berkembang sempurna. Kesabaran ibu bapa boleh membuatkan anak mengerti bahawa perkara yang dilakukannya salah. Sebaliknya, cara kekerasan menyebabkan anak semakin melawan dan memberontak.




Walaupun anak melakukan kesalahan, jangan terus membentak kerana perbuatan itu boleh melukakan perasaannya. Hal berkenaan boleh menyebabkan anak berdendam hingga dewasa kelak.Jadikan marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha lemah-lembut gagal. Marahlah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah.
Namun, berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.
Anak kita sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima, semakin stabil pertumbuhan jiwanya.


Apabila anak sering menerima kata-kata kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.
Baginda mengatakan:
“Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu).”
Jelas Baginda memilih kata-kata yang lembut dan hasilnya anak tidak lagi melakukannya dan nasihat itu terus meresap ke jiwanya.

Nota Saya Sayang Mama : Ya Allah … berilah daku kekuatan untuk menerima Mama dengan penuh hikmah dan kasih sayang …..




-Saya Sayang Mama-

Wednesday, 17 August 2011

Sahur Yang Suram

Assalamualaikum...


Sahur pagi macam biasa aku dah adik adik bangun awal. Teus makan secepat yang mungkin. Tak perlu tunggu mama turun untuk mencari kesalahan kami. Biarlah.


Kalau betul dia concern dan nak makan dengan kami. Dia akan bangun awal dan sediakan makanan untuk kami. Tak mengapalah. Kami dah tak kisah mama.


Semalam semasa mnyediakan juadah berbuka, aku pelik keadaan sunyi ke. Rupanya mama masak. Keadaan agak diam. Maklumlah dia nak berbal dengan sapa? Pembantu rumah dah makan hati akibat ditengking semasa berbuka di luar kelmarin. Yang lain memang tak lah.


Pastu tetiba dia keluar suara. Dia menengking aku dengan kasar sebab aku tak ikat rambut semasa memasak. Okay fine lah memang salah aku. Tapi itu ke cara komunikasi yang seronok antara ibu dan anak? Dan, rambut dia pun mngerbang jugak, hehe. Macam biasa aku rasa lawak.


Aku ada menyuruh adik kecik membantu ku semasa aku masak jugak. BUdak kecik itu turut je arahan aku yang lembut ni. Pastu mama pun suruh adik aku tolong dia. Budak itu diam dan liat. Ape lagi mama pun marah dah dengan nada kasarnya "Hey, kalau cakap kakak awak ikut je ye! Cakap mama langsung tidak ikut!" 


Ayat tu memang selalu dia sebu dah. Dia tak pikir ke ada something wrong dengan diri dia bila yang lain saling berbaik cuma dengan dia je kami kaku. Entah lah....kami memang jahat kot.


Dia selalu tuduh aku tak memberi pengaruh yang baik terhadap adik. Macam biasa dia tak pernah nampak kesalahan diri dia. Sedangkan bagi aku dia kene berlembut dalam mendidik anak anak.Aku pasrah.


-Saya Sayang Mama- 



Mana Mak?


Assalamualaikum...

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semuga ianya tidak berlaku
kepada kita ya………..

"Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi
kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian.
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak
setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah
tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana
Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan
pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main
bola di padang sekolah.
Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua
anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya
'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana
sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah
kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak
Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti
mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum.
Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.
Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa
anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar.
Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.
Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak
belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam
Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh
koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.
Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta
untuk bawa balik.
Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata
kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti
nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang
gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali
Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat
gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak
Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.
Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan
anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab,
"Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi.
Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik
sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput
Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata
ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak.
Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau
kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya
buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu
Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa
kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam
tangan Mak yang selalu memeluk
erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak
Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di
bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon
untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan
untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah
diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?"
atau "Mana Adik?".
Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang
tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana
anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain
yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini
tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan
Adik ,
"Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah,
Alang dan Adik mengikut dari belakang.
Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak
kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang?
Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan
buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu
turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?"
masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan
ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah,
apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama
dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri,
pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti
apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan
deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

SOURCE Cari.Com.My